KUALA LUMPUR | Tan Sri Muhyiddin Yassin mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang dilantik sebagai Perdana Menteri Kesembilan hari ini.
Muhyiddin berkongsi perkara itu menerusi laman Facebook rasminya hari ini.
Katanya, beliau memberi sokongan penuh kepada Ismail Sabri dan insya-Allah akan terus membantu Kerajaan Perikatan Nasional menyampaikan khidmat yang terbaik kepada rakyat, khususnya dalam tempoh pemulihan negara.
“Saya mendoakan semoga Yang Amat Berhormat Datuk Seri Ismail Sabri akan dapat menggalas amanah kepimpinan dengan sebaik mungkin dan mengemudi negara ke mercu kejayaan.
“Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada beliau atas pelantikannya sebagai Perdana Menteri,” katanya.
Terdahulu, Muhyiddin berkongsi beberapa keping gambar kunjungan Ismail Sabri di kediamannya hari ini.
“Saya telah menerima kunjungan Yang Amat Berhormat Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di kediaman saya petang tadi,” tulisnya.