KUALA LUMPUR: Persatuan Usahawan Wanita Bumiputra Malaysia (USAHANITA) mengucapkan setinggi penghargaan kepada Yang di-Pertuan Agung yang memilih Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri ke-9 setelah mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen.
Yang Dipertua Usahanita, Dato’ Faridah A. Jabbar berkata, pelantikan itu merupakan pilihan yang tepat berdasarkan pengalaman luas beliau dalam pentadbiran negara.
Advertisement
Katanya paling utama adalah kejayaan dan usaha kuat beliau dalam menangani Covid-19, di mana ia amat kritikal dan perlu ditangani dengan segera.
Tambah beliau ia bagi mengembalikan ekonomi negara kembali kepada tahap yang stabil dan segera ditangani dengan lebih berkesan.
Beliau berharap usaha untuk menyakinkan pelabur dan pengurus dana asing perlu diperolehi kembali secepat mungkin di pentas ekonomi dan pasaran modal di Malaysia.
“Terutama yang penting ialah membuka ruang untuk perniagaan dan mengemblingkan pakar ekonomi dari pelbagai pihak untuk memacu ekonomi negara.
“Bantuan-bantuan berterusan kepada rakyat yang terkesan, perniaga kecil terutama kepada usahawan wanita untuk meneruskan perniagaan mereka agar tiada yang tertinggal,” katanya.
Di samping itu tambah beliau usaha membantu B40 yang mana lebih daripada 600,000 orang dalam kalangan M40 termasuk golongan B40 dan memastikan tiada ketirisan pemberian bantuan kepada kalangan rakyat.
“Segala usaha pemulihan jangka masa pendek dan panjang diharap dapat dicapai dengan kerjasama bersama antara kerajaan mahupun pembangkang, demi bersama membina semula negara dan mengembalikan keyakinan rakyat,” katanya. – HARAKAHDAILY