KUALA TERENGGANU | Kerajaan Negeri Terengganu menyalurkan bantuan segera berjumlah RM2.79 juta kepada penduduk yang terlibat masalah bekalan air di Berangan
Menteri Besarnya, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, penyelesaian itu dibuat sementara bekalan air dapat dipulihkan.
Katanya pihaknya bersetuju selepas berbincang dengan Syarikat Air Terengganu (SATU) dan Terengganu Incorporated.
“SATU akan menyalurkan bantuan tanggungjawab sosial korporat (CSR) sebanyak RM1.04 juta kepada semua 104 Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) dalam bentukpenyampaian bekalan air harian.
“Sebanyak 29,151 akaun pengguna terlibat dalam krisis akan menerima manfaat dan disampaikan menerusi Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Penyelaras,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau juga sebanyak RM500 ribu bantuab CSR daripada SATU untuk pengurusan logistik dan bekalan berkaitan di semua kawasan yang terlibat.
Katanya, bantuan ini juga akan disampaikan menerusi Pusat Khidmat DUN dan Penyelaras mengikut jumlah penduduk dan pengguna di setiap kawasan.
Selain itu, pihak SATU juga membekalkan air minuman dalam kotak berjumlah RM 1.25 juta kepada semua rumah terlibat.
“Memastikan bekalan air bersih akan dihantar dengan kekerapan yang sesuai bagi memastikan mereka dapat menikmati bekalan air bersih sehingga kejadian ini dapat diselesaikan.
“Sama-samalah kita doakan agar masalah ini dapat diselesaikan dengan segera dan urusan harian mereka yang terlibat dipermudahkan.