Facebook Twitter Instagram
    Tuesday, 30 May 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Bayi Afghanistan diberi nama sempena kod pesawat
    Global

    Bayi Afghanistan diberi nama sempena kod pesawat

    adminBy admin27/08/2021Updated:27/08/2021No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    BERLIN | Seorang bayi yang dilahirkan dalam pesawat tentera Amerika Syarikat (AS) ketika keluarganya melarikan diri dari Afghanistan diberi nama Reach.

    Lapor Agensi, jurucakap yang juga pegawai tentera berkata, nama itu diberi sempena kod pesawat yang membawa mereka keluar dari negara berkenaan.

    Bayi itu selamat dilahirkan pada Sabtu lalu ketika ibu bapanya diterbangkan ke pangkalan tentera di Jerman.

    Wanita berkenaan dipercayai berasa sakit untuk melahirkan ketika dalam penerbangan menyebabkan juruterbang terpaksa merendahkan altitud bagi membantu menstabilkan tekanan darahnya supaya proses kelahiran dapat dilewatkan seketika sehingga mereka mendarat.

    Sejurus selepas mendarat, kakitangan perubatan dan anggota tentera serta jururawat membantu proses kelahiran di ruang kargo.

    Ibu dan anak itu kemudian dibawa ke hospital berdekatan, lapor portal Military Times.

    Setiap pesawat Tentera Udara AS mempunyai nama kod untuk berkomunikasi dengan pesawat dan menara kawalan dan kod untuk pesawat kargo C-17 lazimnya bermula dengan ‘Reach’ diikuti angka di belakang.

    Ketua Komando Eropah AS, Jeneral Tod Wolters berkata, nama kod untuk pesawat yang membawa keluarga berkenaan adalah ‘Reach 828’.

    Maka, ibu bapa bayi berkenaan sepakat memberi nama Reach kepada anak mereka.

    “Reach dan ibu bapanya menuju ke AS bersama dengan pelarian Afghanistan yang lain.

    “Seramai 7,000 individu dibawa keluar dari Kabul melalui pangkalan AS di Eropah sejak 20 Ogos dan hanya 100 individu memerlukan rawatan perubatan.

    “Daripada 100 individu, seramai 25 orang dimasukkan ke hospital tempatan dan 12 bayi dibenarkan keluar.

    “Dua bayi lain dilahirkan selepas ibu mereka mendarat di pangkalan udara Ramstein,” katanya.

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleDiet Mediterranean mampu atasi lemah tenaga batin lelaki pertengahan usia
    Next Article Myanmar perluas vaksinasi COVID-19 kepada masyarakat minoriti Rohingya
    admin
    • Website

    Related Posts

    Emas C$20 juta ‘hilang’ dari lapangan terbang Toronto

    21/04/2023

    Genjatan senjata 72 jam di Sudan sempena Aidilfitri

    21/04/2023

    Indonesia akan haramkan seks di luar perkahwinan

    04/12/2022

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.