BERAKAS | Hasil ujian ‘genotyping’ atau ‘sequencing’ beberapa sampel dari kes-kes jangkitan Covid-19 tempatan yang dihantar ke luar negara menunjukkan bahawa kesemua 20 sampel yang dihantar tersebut adalah dari varian Delta.
Lapor Agensi, namun Kementerian Kesihatan mengingatkan orang ramai untuk tidak merasa cemas dengan perkara ini.
Pelita Brunei melaporkan, Menteri Kesihatan, Dr. Awang Md. Isham Jaafar berkata, varian Delta memang diketahui dua hingga tiga kali lebih mudah merebak dari varian lain.
“Walau bagaimanapun, langkah-langkah pencegahan dan pengawalan bagi apa jua varian Covid-19 adalah masih sama seperti mendapatkan suntikan vaksin Covid-19, memakai pelitup muka apabila berada di luar rumah, terutamanya di kawasan yang sesak, kerap mencuci tangan dengan air atau sabun atau dengan menggunakan cecair pembasmi kuman,” katanya.