KUALA LUMPUR | Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memberi salam terhadap satu video yang tular di laman Twitter.
“Assalamualaikum,” tulis beliau.
Khairy yang mengulang kicau posting lelaki itu di Twitter dengan memberi salam hingga mendapat perhatian dan reaksi daripada pelayar.
Menerusi video itu, seorang pegawai kesihatan memaklumkan kepada seorang pemuda yang sedang divaksinasi di pusat pemberian vaksin (PPV) bahawa dirinya tidak boleh merakam.
Pegawai wanita itu memaklumkan, tak boleh rakam, KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) punya prosedur tak boleh rakam.
“KJ sudah meletak jawatan,” katanya.