By Shazleza Shahril
KUALA LUMPUR | Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di lima lokaliti di Sabah dan Kelantan bermula Ahad ini hingga 11 September depan.
PKPD di semua lokaliti itu akan dilaksanakan selama 14 hari.
Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Datuk Rodzi Md Saad berkata, keputusan itu dibuat selepas
meneliti pembentangan Kementerian Kesihatan (KKM) mengenai penilaian risiko dan trend jangkitan COVID-19 di lokaliti itu.
“PKPD di Sabah membabitkan Kampung Debut, Ranau dan Kampung Tindai Kolopis, Penampang.
“Manakala di Kelantan ialah di Mukim Pasir Mas iaitu Kampung Bayu Lalang dan Kampung Banggol Kemian (sebahagian kampung), selain Mukim Gual Periok iaitu Kampung Repek (sebahagian kampung).
“Prosedur operasi standard (SOP) bagi semua PKPD sama seperti diumumkan sebelum ini,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.