SINGAPURA | Negara ini mengutuk serangan bom di pintu pagar Lapangan Terbang Antarabangsa Hamid Karzai di Kabul sehingga mengorbankan puluhan nyawa orang awam.
Lapor Agensi, Kementerian Luar Singapura dalam kenyataan berkata, tindakan ganas itu adalah sangat menyedihkan dan tidak boleh dibenarkan berlaku, lapor Channel News Asia.
“Kami menzahirkan rasa simpati kepada ahli keluarga mangsa dan berharap mereka yang tercedera segera pulih.
“Singapura akan terus menggesa semua pihak termasuk Taliban memastikan keselamatan orang awam semasa proses pemindahan mereka ke negara lain,” katanya.
Seramai 73 mangsa terbunuh melibatkan 60 orang awam termasuk 13 tentera Amerika Syarikat dalam dua serangan pengebom berani mati di bandar itu.