by Nor Shazleza Shahril
PUTRAJAYA | Jumlah jangkitan baharu COVID-19 yang dilaporkan hari ini meningkat sedikit dengan sebanyak 22,597 kes baharu berbanding 22,070 kes semalam.
Ketua pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, dalam satu kenyataan di media sosialnya, berkata dengan penambahan kes hari ini, jumlah kumulatif kes jangkitan setakat ini meningkat kepada 1,685,510.
Beliau berkata, sembilan negeri mencatatkan kes empat angka, didahului Selangor dengan 5,814 kes jangkitan baharu.
“Ini disusuli Sabah dengan 2,834 kes; Sarawak (2,427); Kedah (2,162); Pulau Pinang (1,920); Johor (1,896); Kuala Lumpur (1,111) , Perak (1,061), dan Kelantan (1,289).
“Negeri lain turut mencatatkan kes iaitu Terengganu dengan 739 kes; Melaka (269); Pahang (579); Negeri Sembilan (345); Perlis (98); Putrajaya (48) dan lima kes di Labuan,” katanya.