KUALA LUMPUR | Bekas Ketua Setiausaha Negara, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid, 82, meninggal dunia pagi tadi.
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali menerusi catatan di laman Facebook rasminya memaklumkan, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada jam 1.40 pagi tadi.
“Salam takziah buat seluruh keluarga Allahyarham Tun Ahmad Sarji di atas pemergian Allahyarham yang telah meninggal dunia pada 28 Ogos 2021, jam 1.40 pagi.
“Allahyarham merupakan mantan Ketua Setiausaha Negara dari tahun 1990 hingga 1996 dan seorang tokoh pentadbir Perkhidmatan Awam yang amat disegani serta dihormati sewaktu dalam perkhidmatan.
“Pemergian Allahyarham adalah kehilangan besar buat negara melalui jasa dan bakti yang telah dicurahkan selama ini,” katanya.
Beliau berdoa semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat-Nya dan ditempatkan bersama para solihin.