by Nor Shazleza Shahril
PUTRAJAYA | Malaysia merekodkan sebanyak 20,579 kes positif baharu COVID-19 setakat tengah hari ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kes hari ini menyumbang kepada peningkatan kes jangkitan COVID-19 kepada 1,706,089 sejak Januari tahun lalu.
“Lapan negeri masih mencatatkan peningkatan kes empat angka, didahului Selangor dengan 4,591 kes; Sabah (2,578); Sarawak (2,522); Johor (1,852); Kedah (1,755); Pulau Pinang (1,378); Kelantan (1,316) dan Perak (1,208).
“Negeri dan wilayah lain juga mencatatkan kes baharu hari ini iaitu Pahang dengan sebanyak 839 kes; Terengganu (789); KUala Lumpur (680); Melaka (636); Negeri Sembilan (329); Perlis (56); Putrajaya (48) dan Labuan dengan dua kes baharu,” katanya dalam satu kenyataan di laman Facebooknya hari ini.