By Shazleza Shahril
KUALA LUMPUR | Menteri Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin akan terus ikhtiarkan yang terbaik dan berusaha gigih untuk memperkasakan ekosistem pendidikan negara.
Beliau berkata, amanah yang diberikan itu akan dijunjung dengan sehabis baik.
“Selepas majlis mengangkat sumpah petang tadi, saya terus ke Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan mengadakan perjumpaan dengan Timbalan Menteri, Ketua Setiausaha, Ketua Pengarah Pendidikan serta pengurusan tertinggi KPM.
“Dalam tempoh 18 bulan berada di KPM sebelum ini, banyak perkara yang telah kami capai dalam usaha menambahbaik pendidikan negara.
“Kami akan terus ikhtiarkan yang terbaik dan berusaha gigih untuk memperkasakan ekosistem pendidikan negara. Amanah yang diberi akan kami junjung sehabis baik,” katanya menerusi laman Facebook rasminya di sini hari ini.