IPOH | Kerajaan Perak akan melaksanakan Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) Perak Sejahtera Fasa 2 bermula 1 September sehingga 31 Disember yang antaranya membabitkan sektor pemaju hartanah.
Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad berkata di bawah PRE Fasa 2, kerajaan negeri bersetuju untuk melanjukan pengecualian denda lewat cukai tanah bagi semua hak milik sehingga hujung tahun ini.
“Di bawah inisiatif sama pemberian diskaun untuk bayaran tunggakan cukai tanah sekaligus bagi tahun 2021 sehingga 31 Disember akan dilsakanan.
“Antaranya 50 peratus diskaun tunggakan cukai tanah yang membuat bayaran sekaligus pada bulan September ini, 30 peratus diskaun tunggakan cukai tanah yang membuat bayaran sekaligus pada Oktober, dan 10 peratus diskaun tunggakan cukai tanah yang membuat bayaran sekaligus pada bulan November dan Disember,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu (BERSATU-Chenderiang) yang dibacakan (BN-Pengkalan Hulu) Datuk Aznel Ibrahim pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan, dekat sini pada Isnin.
Selain itu Saarani yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Tampan berkata di bawah PRE Fasa 2, pemberian 20 peratus diskaun cukai petak strata bagi kategori perniagaan sahaja akan dilanjukan sehingga 31 Disember.
Tambahnya di bawah insiatif sama itu kerajaan negeri juga bersetuju untuk melaksanan pemberian 10 peratus diskaun premium tanah bagi Notis 5A dan 7G tertakluk kepada terma dan syarat.
“Selain daripada penambahbaikan dan pelanjutan pemberian insentif dari sudut cukai tanah, urusan-urusan tanah bagi maksud perserahan urusniaga dan bukan urusniaga; serahan dokumen dan pelanjutan tempoh bagi Notis 5A dan Notis 7G turut dipertimbangkan sehingga 31 Disember.
“Antara yang ditawarkan adalah pengecualian denda lewat bagi perserahan urusniaga, pengecualian denda lewat bagi kutipan hakmilik, pelanjutan tempoh kelulusan surat kebenaran pindahmilik / gadaian; serta elanjutan tempoh Notis 5A dan Notis 7G secara automatik dan pengecualian fi permohonan,” jelas Saarani.
Beliau juga menyarankan agar semua syarikat dan pihak terlibat dapat menerima semua tawaran berkenaan dan melunaskan bayaran dalam tempoh yang ditetapkan.
Dalam pada itu, ketika menjawab soalan tambahan daripada Aznel, Saarani kerajaan negeri sedang memberi penumpuan kepada hasil sumber baru kewangan supaya kerajaan negeri tidak hanya bergantung daripada hasil dan premium tanah semata-mata.
Kata beliau antaranya pelaksanaan royalti kepada bahan-bahan mineral dan bahan batu yang dieksport serta produk perlombongan seperti pasir silika, kaolin dan lempung bebola.
“Kerajaan negeri meluluskan pindaan kadar atau nilai yang melibatkan kadar ses pembangunan hutan, kadar premium, dan pelbagai fi bagi Enakmen Kadar Perhutanan Negara 1985 dan Kaedah-Kaedah Hutan 1988 yang berkuat kuasa 1 Jun lalu menjangkakan kutipan tahunan bagi kadar yang ditetapkan akan meningkat sebanyak 10 peratus berbanding kadar semasa.
“Status terkini dan perancangan kerajaan negeri dan dan Persekutuan adalah untuk melaksanakan projek rintis perlombongan unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE) yang bertujuan mengkaji kaedah perlombongan baharu iaitu memlaui teknik in-situ leaching (ISL) di mana secara teorinya teknik perlombogan terkini yang mampan dan lebih mesra alam,” jelas beliau lagi. SUMBER: SUARA PERAK