KUALA LUMPUR | Sejarah tercipta apabila satu juta dos vaksin telah diberi di pusat pemberian vaksin (PPV) Mega World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL), semalam.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyaksikan suntikan vaksin berkenaan.
“Alhamdulillah, ini adalah kerjasama dan sumbangan anda semua dalam membantu mempercepatkan pencapaian imuniti kelompok di negara kita ini.
“Tahniah Keluarga Malaysia. Sejarah baru direkodkan dengan pemberian dos suntikan vaksin yang ke satu juta di PPV WTCKL.
“Kita teruskan usaha baik ini dan menumpukan perhatian ke negeri-negeri lain yang belum mencapai 50 peratus khususnya,” katanya menerusi laman Facebooknya di sini.
Beliau mengucapkan terima kasih kepada petugas barisan hadapan dan sukarelawan yang sentiasa menunjukkan momentum yang hebat. Teruskan usaha.