HULU SELANGOR | Pemandu kereta maut selepas kenderaan terbakar kejadian di Kilometer 407 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, di sini, hari ini.
Kejadian itu, kereta jenis Ssangyong dinaiki mangsa dipercayai terbabas sebelum melanggar lori dan penghadang jalan.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor Hafisham Mohd Noor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.14 petang.
Katanya, seramai lapan anggota bersama tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjung Malim dan BBP Sentosa ke lokasi.
“Sebaik tiba, pihak bomba mendapati terdapat kebakaran membabitkan sebuah kereta yang terbakar selepas terbabit dalam kemalangan.
“Kereta dipandu mangsa dipercayai terbabas lalu melanggar sebuah lori dan penghadang jalan di lokasi itu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.