by Nor Shazleza Shahril
KUALA LUMPUR | Seramai 14,886,006 individu atau 63.6 peratus daripada populasi dewasa negara ini telah melengkapkan suntikan vaksin COVID-19 setakat semalam.
Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) berkata, seramai 19,621,799 individu atau 83.8 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.
“Ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) setakat semalam sebanyak 34,490,572 dos.
“Menurut JKJAV, 60.1 peratus daripada jumlah populasi keseluruhan negara telah mendapat sekurang-kurangnya satu dos vaksin, manakala 45.6 peratus telah melengkapkan vaksinasi,” katanya menerusi perkongsian infografik di laman Twitter rasminya hari ini.
Sementara itu, vaksinasi harian semalam merekodkan sebanyak 361,381 dos dengan 181,281 daripadanya merupakan dos pertama manakala 180,100 telah melengkapkan penerimaan dos.
PICK dilancarkan pada 24 Februari lalu bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik COVID-19 di seluruh negara.