KUALA LUMPUR | Kejayaan atlet olahraga para dalam acara lontar peluru lelaki F20, Muhammad Ziyad Zolkefli merangkul pingat emas pada Sukan Paralimpik Tokyo 2020, hari ini dibatalkan.
Berdasarkan keputusan rasmi di laman olympics.com/, pingat emas dan perak dimenangi oleh peserta Ukraine, Maksym Koval dan Oleksandr Yarovyi sementara pingat gangsa menjadi milik atlet Greece, Efstratios Nikolaidis.
Difahamkan, kontinjen Ukraine melakukan protes susulan tiga atlet iaitu Ziyad, Todd Hodgetts (Australia) dan Jordi Patricio (Ecuador) dikatakan lewat memasuki bilik menunggu sebelum acara dimulakan.
Ekoran itu, status ketiga-tiga atlet berkenaan adalah ‘DNS’ (did not start) menyebabkan mereka dikira tidak layak menyertai acara berkenaan.
Justeru, kejayaan Ziyad memecahkan rekod dunia dalam acara itu dengan jarak 17.94m tidak diambil kira.