PUTRAJAYA | Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri dan isteri, Datin Seri Muhaini Zainal Abidin hadir pada Sambutan Hari Kebangsaan 2021 di Dataran Pahlawan Negara, Putrajaya, secara dalam talian, hari ini.
Perdana Menteri menyertai sambutan itu yang bertemakan ‘Malaysia Prihatin’ secara maya berikutan menjalani kuarantin kendiri bermula semalam (30 Ogos) setelah disahkan menjadi kontak rapat kepada pesakit COVID-19.
Ismail Sabri dan isteri dalam siaran secara maya turut dilihat berdiri ketika lagu Negaraku berkumandang dan bersama-sama mengibarkan bendera kebangsaan.
Turut hadir pada sambutan itu, Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa.