KOTA BHARU | Polis Kelantan tidak meluluskan sebarang permohonan konvoi kenderaan yang dibuat oleh mana-mana individu atau kumpulan sepanjang tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, aktiviti itu akan menyebabkan berlakunya pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
“Justeru itu, saya menasihatkan orang ramai khasnya warga negeri ini untuk tidak melakukan sebarang perjumpaan di lokasi tumpuan sewaktu negara masih berdepan pandemik COVID-19.
“Patuhilah arahan semasa pihak kerajaan bagi membendung dan memutuskan rantaian COVID-19.
“Pihak polis akan terus membuat pemantauan terhadap pematuhan SOP yang sedang berkuat kuasa,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini
Beliau berkata, tindakan kompaun akan dikenakan kepada sesiapa yang gagal mematuhinya.