Facebook Twitter Instagram
    Friday, 2 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Sejumlah 15,785 kes penipuan atas talian disiasat babitkan kerugian lebih RM110 juta
    Am

    Sejumlah 15,785 kes penipuan atas talian disiasat babitkan kerugian lebih RM110 juta

    alisha natashaBy alisha natasha31/08/2021Updated:31/08/2021No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    KUALA LUMPUR | Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) telah menyiasat sejumlah 15,785 kes penipuan penjualan secara atas talian atau e-commerce melibatkan kerugian keseluruhan RM110,596,301.37, sejak 2019 hingga semalam.

    Pengarah JSJK, Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata, sejumlah 3,512 kes dicatatkan pada tahun 2019 dengan kerugian RM 28,033,387.22.

    Katanya, pada tahun 2020, sejumlah 5,846 kes telah dicatatkan dengan nilai kerugian RM 41,432,531.48, manakala bagi tempoh Januari hingga 30 Ogos, sejumlah 6,428 kes telah dicatatkan melibatkan kerugian RM 41,130,382.67.

    “Terbaru, pihak polis telah mengesan kewujudan akaun instagram atas nama “beauty_saranghae” yang disyaki melakukan penipuan penjualan barangan elektronik.

    “Setakat ini, sejumlah 64 kes sedang disiasat melibatkan akaun instagram ini dengan nilai kerugian mencecah rm153,759.00.

    “Berdasarkan siasatan, modus operandi yang digunakan adalah dengan mengiklankan pelbagai barangan elektronik dengan harga yang lebih murah daripada pasaran.

    “Pembeli yang berminat kemudiannya akan diarahkan untuk membuat bayaran ke dalam akaun yang diberikan, namun setelah pembayaran dibuat, barangan yang dijanjikan tidak diterima,” katanya dalam satu kenyataan.

    Beliau berkata, dua suspek yang dipercayai dalang utama penipuan ini telah berjaya ditahan pada 9 Ogos lalu.

    Katanya, kedua-dua suspek merupakan warga tempatan masing-masing berumur 32 dan 53 tahun sedang direman bagi membantu siasatan yang dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

    “Dalam usaha untuk mencegah kes-kes sebegini dari terus berlaku, pihak polis menggesa orang ramai untuk lebih berhati-hati dan sentiasa berwaspada apabila membuat pembelian barangan secara atas talian.

    Orang ramai digalakkan untuk membuat semakan pengesahan akaun bank, dan talian telefon melalui laman sesawang http://ccid.rmp.gov.my/semakmule/ untuk mengenalpasti samada akaun bank tersebut pernah terlibat dalam kes penipuan ataupun tidak,” katanya.

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleNafi tular kesesakan sambut ambang merdeka di Terengganu
    Next Article SPRM pandang serius rasuah doktor untuk dapatkan sijil vaksinasi
    alisha natasha

    Related Posts

    Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept

    29/05/2023

    MAIK gesa rakyat Kelantan pakai pelitup muka dan kerap cuci tangan

    21/04/2023

    Rumah hangus terbakar, 20 sekeluarga beraya di rumah jiran

    21/04/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.