SINGAPURA | Mahkamah Tinggi hari ini memerintahkan Perdana Menteri, Lee Hsien Loong dibayar 370,000 dolar Singapura (RM1.14 juta) berhubung dua kes saman fitnah terhadap Editor laman web The Online Citizen (TOC) Terry Xu, dan penulis artikelnya, Rubaashini Shunmuganathan.
Lapor Agensi yang memetik Channel News Asia, Pada Ogos 2019, TOC menyiarkan artikel mengenai pertikaian Hsien Loong dengan adik beradiknya, Dr. Lee Wei Ling dan Lee Hsien Yang berhubung pewarisan rumah keluarga di 38 Oxley Road.
Hakim Audrey Lim mendapati artikel itu berbentuk fitnah dengan menyatakan tuduhan terhadap Hsien Loong adalah ‘serius’.
“Jangan sesekali menyerang integiriti, perwatakan dan reputasi seseorang. Dalam kes ini, fitnah menyebabkan kerosakan moral kepada identiti seorang Perdana Menteri,” jelasnya.
Hakim turut memberi amaran kepada editor TOC supaya tidak menerbitkan atau menyebarkan tuduhan fintah dalam artikel tersebut.