by Nor Shazleza Shahril
PUTRAJAYA | Jumlah kes harian jangkitan COVID-19 di negara ini kembali melepasi 20,000, iaitu 20,988 kes baharu berbanding 18,762 kes, semalam.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan individu yang dijangkiti kini mencecah 1,786,004 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata daripada jumlah kes yang dilaporkan hari ini, Selangor kekal menjadi negeri yang mencatatkan kes tertinggi dengan 4,073 kes.
“Enam negeri lagi turut mencatatkan pertambahan kes empat angka iaitu Sarawak sebanyak 2,992 kes, Kedah (2,455), Sabah (2,329), Johor (2,145), Pulau Pinang (1,600) dan Kelantan (1,247).
“Selain itu, Terengganu (987), Perak (990), Kuala Lumpur (731), Pahang (599), Melaka (407), Negeri Sembilan (301), Perlis (90), Putrajaya (37) dan Labuan (lima),” katanya menerusi satu kenyataan di laman Facebook, hari ini.