PUTRAJAYA | Sebagai usaha menambahbaik ketelusan dan keterangkuman dalan proses penyediaan bajet tahunan, rakyat dijemput untuk berkongsi idea Bajet 2022.
Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, berkata, pihaknya telah menerbitkan Kertas Konsultasi Awam (KKA) sebagai pelengkap kepada Kanyataan Pra-Bajet 2022 yang diterbitkan 31 Ogos lalu.
Katanya, sebagai langkah permulaan, empat kertas konsultasi awam akan diterbitkan untuk mendapatkan input kepada Bajet 2022.
“Penambahbaikan Dasar Perolehan Kerajaan Berkaitan Barangan Perkhidmatan Tempatan dan Bumiputera, yang akan menggariskan cadangan penambahbaikan ke atas dasar penggunaan barangan perkhidmatan tempatan dan dasar keutamaan syarikat Bumiputera.
“Ini antara lainnya adalah bagi melindungi dan membangunkan industri tempatan serta mengurangkan kebergantungan kepada barangan import,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, selain itu, penambahbaikan Program Bantuan Tunai, yang akan mengenalpasti masalah, keperluan dan kaedah yang berkesan dalam penyampalan bantuan kepada rakyat, terutamanya dalam situasi yang mencabar akibat penularan COVID-19.
Katanya, kajian Insentif Cukai, yang merangkumi kajian semula rangka kerja insentif cukai pelaburan secara menyeluruh, bagi memastikan insentif cukai kepada pelabur kekal relevan dengan lanskap semasa perniagaan.
“la juga bertujuan meningkatkan daya saing negara dalam menarik pelaburan berkualiti, seterusnya menjana pertumbuhan ekonomi, penciptaan pekerjaan dan penambahbaikan kedudukan fiskal negara.
“(Dan) Penggubalan Akta Tanggungjawab Fiskal atau Fiscal Responsibility Act (FRA), yang bertujuan untuk meningkatkan tacbir urus, ketelusan dan
akauntabiliti dalam pengurusan fiskal negara, termasuk pengurusan hasil, perbelanjaan, hutang, risiko fiskal, serta pelaporan tertentu dalam bentuk pra-bajet dan pasca bajet, unjuran kedudukan ekonomi dan Rangka Kerja Fiskal Jangka Sederhana,” katanya.
Beliau berkata, Kementerian Kewangan yakin penerbitan KKA buat kali pertama ini akan menyediakan lebih banyak peluang kepada semua pihak berkepentingan untuk memberi maklum balas masing-masing ke arah perangkaan sebuah bajet yang memenuhi keperluan rakyat serta selaras dengan dasar dan objektif negara.
“Soalan atau keperluan maklumat lanjut boleh dikemukakan kepada konsultasi.bajet2022 @mot.gov.my. KKA boleh dimuat turun dan maklum balas boleh dikemukakan melalui laman web www.mal gov.my. selewat-lewatnya pada 5.000 petang, 15 September 2021,” katanya.