INDIA | Seekor gajah dewasa maut selepas terkena renjatan eletrik di Assam Kamrup, lapor India Today.
Lapor Agensi, kejadian berlaku di kawasan Mirza apabila gajah tersebut menghampiri pagar eletrik yang dipasang di sekitar jelapang padi.
Gajah yang terbaring itu ditemukan oleh penduduk kampung pagi tadi sebelum melaporkan kejadian tersebut kepada pihak polis dan pihak berkuasa perhutanan.
Pihak berkuasa memasang kembali pagar eletrik itu dan menahan dua suspek berhubung insiden tersebut.
“Pihak polis merampas wayar eletrik dan barangan lain untuk dijadikan sebagai bahan bukti,” kata polis.
Menurut pihak perhutanan, gajah itu datang dari kawasan hutan bagi mencari makanan.
Sekurang-kurangnya 14 gajah terbunuh tahun ini di negeri sama akibat renjatan pagar eletrik yang dipasang oleh petani bagi melindungi tanaman mereka.