KOTA BHARU | Kelab Sukan dan Kebajikan Staf Kampus USM (KESUKAS) mengagihkan bakul makanan, pelitup muka dan ‘hand sanitizer’ atau cecair basmi kuman kepada 10 keluarga yang memerlukan di sekitar Kubang Kerian, di sini.
Program julung kalinya berkolaborasi bersama Persatuan Pengguna Islam Kelantan (PPIK) dan Info Semasa Kubang Kerian (ISKK) adalah sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-64.
Uniknya pada program tersebut, KESUKAS USM mengagihkan bakul makanan dengan menunggang basikal ke setiap rumah yang telah di kenalpasti bagi membantu meringankan beban mereka ketika pandemik Covid-19 yang masih belum stabil.
Selain bakul makanan, nama mereka juga akan diambil bagi membantu proses vaksinasi dipercepatkan.
Turut hadir pada program itu, Yang Dipertua PPIK, Datuk Ser Dr Mohd Fared Abdul Ghani dan Pengerusi ISKK, Mohamad Afandi Mohamad.
Menurut Yang Dipertua KESUKAS, Dr Mohamad Ibariyah berkata KESUKAS bukan sahaja memberi tumpuan kepada ahlinya malah kini cuba melebarkan sayapnya untuk bersama badan bukan kerajaan (NGO) luar bagi menghulurkan kerjasama dalam membantu terutama yang bentuk kesihatan.
Program tersebut dilancarkan Pengarah Kampus Kesihatan USM, Professor Dr Shaiful Bahari Ismail dihadiri oleh Pegawai Khas Menteri Alam Sekitar dan Air, Saizol Ismail yang mana beliau mengambil peluang untuk turut serta dalam kumpulan berbasikal untuk pengagihan bakul makanan.