PUTRAJAYA | Kementerian Luar Negeri (KLN) menubuhkan Majlis Perundingan Dasar Luar Negeri (Consultative Council on Foreign Policy – CCFP) dalam usaha menyahut seruan Perdana Menteri supaya Jemaah Menteri membuktikan pencapaian dalam 100 hari pertama.
Menteri Luar Negeri, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, mesyuarat perta telah diadakan pada hari ini.
Katanya, Majlis itu dipengerusikan oleh beliau dan dianggotai oleh 15 orang ahli, termasuk Timbalan Menteri Luar Negeri, Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri, dua pegawai kanan Kementerian, serta 10 wakil daripada pelbagai bidang.
“Majlis Perundingan ini berfungsi sebagai satu wadah untuk menyalurkan pandangan serta input daripada anggotanya di dalam proses penggubalan dasar-dasar luar negeri yang berkait rapat dengan kepentingan negara.
“Penubuhan CCFP adalah selaras dengan pendekatan terbuka dan bersifat perundingan (Syura) di dalam proses penggubalan Dasar Luar Negeri Pelantikan ahli-ahli CCFP adalah berdasarkan pengetahuan serta pengalaman mereka yang mendalam di dalam bidang masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, gabungan kepakaran daripada pihak Kerajaan dan bukan Kerajaan ini berupaya untuk menyumbang ke arah proses penggubalan dasar luar negeri yang pragmatik serta berdaya tahan bagi menghadapi cabaran semasa, terutamanya susulan penularan pandemik COVID-19.
“Melalui kaedah ini juga, ia diharap dapat turut memastikan Dasar Luar Negeri selari dengan konsep Keluarga Malaysia’ yang meletakkan kesejahteraan rakyat sebagai titik tumpunya.
Berikut adalah senarai Majlis Perundingan Dasar Luar Negeri:
- YB Dato’ Saifuddin Abdullah
Menteri Luar Negeri - YB Dato’ Kamarudin Jaffar
Timbalan Menteri Luar Negeri - YBhg. Dato’ Sri Muhammad Shahrul lkram Yaakob
Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri - YBhg. Dato’ Dr. Ahmad Faisal Muhamad
Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Geneva - YBhg. Tan Sri Dr. Jemilah Mahmood
Mantan Under Secretary General for Partnerships at the International Federation of Red Cross and Red Crescent Societies (IFRC) - YBhg. Dato’ Ts. Dr. Haji Amirudin Bin Abdul Wahab
Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia (CSM) - YBhg. Dato’ Low Kian Chuan
PresidenNational Chamber of Commerce and Industry of Malaysia (NCCIM) - YBhg. Prof. Datuk Dr. Denison Jayasooria Co-Chair Malaysian CSO-SDG AIliance
- Mr. Jerald Joseph
Pesuruhjaya Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM) - Mr. Fabian Bigar Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Change Management Office (SCMO) for MyDigital
- Mr. Herizal Hazri
Ketua Pegawai Eksekutif Institute of Strategic and International Studies (ISIS) Malaysia - Mr. Mahadzir Aziz
Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) - Dr. Dian Diana Abdul Hamed Shah, Profesor Madya National University of Singapore (NUS)
- Dr. Chee Yoke Ling, Setiausaha Agung Third World Network (TWN)
- Mr. Ahmad Fahmi Mohd Samsudin
Ketua Pegawai Eksekutif Global Peace Malaysia