KUALA LUMPUR | Sebanyak 66.7 peratus atau 15,606,818 populasi dewasa di negara ini telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin Covid-19 setakat semalam.
Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) yang berkongsi maklumat berkenaan di laman Facebook rasminya hari ini memaklumkan seramai 20,261,734 individu atau 85.9 peratus telah menerima dos pertama setakat semalam.
Ini menjadikan kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang dilancarkan pada 24 Februari lalu kini sebanyak 35,841,103 dos.
Bagi vaksinasi harian pula, sebanyak 321,349 dos diberikan semalam dengan 143,831 menerima dos pertama sementara 177,518 merupakan penerima dos kedua.