KOTA KINABALU | Gempa bumi lemah berukuran 3.4 pada skala Richter dikesan telah berlaku di Kundasang pada jam 6.20 pagi tadi.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kenyataan di laman Facebooknya memaklumkan, gempa bumi itu berlaku di koordinat 6.1 darjah utara dan 116.6 darjah timur di Kundasang.
Katanya, gempa bumi itu dikesan berlaku 12 kilometer barat laut dari Ranau dengan kedalaman 10 kilometer.
“Gegaran mungkin dirasai di sekitar Kundasang dan Ranau, Sabah.
“Jabatan Meteorologi Malaysia akan terus memantau keadaan ini,” kata kenyataan itu, hari ini.
Pada Khamis lalu, satu gempa bumi lemah berukuran 3.2 skala Richter turut dikesan berlaku di Semporna, Sabah.