By Nor Shazleza Shahril
PUTRAJAYA | Angka penularan kes COVID-19 di negara ini kekal melebihi 19,000 dengan 19,057 kes baharu dilaporkan hari ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan kes hari ini menjadikan jumlah keseluruhan individu dijangkiti COVID-19 di negara ini sudah mencecah 1,824,439 orang.
“Lapan negeri mencatatkan kes baharu empat angka dan paling tinggi dicatatkan di Selangor iaitu 3,775 kes.
“Ia diikuti Sarawak dengan 2,723 kes; Sabah (2,279); Johor (2,077); Pulau Pinang (1,558); Perak (1,450); Kelantan (1,434) dan Kedah (1,329).
“Selain itu Kuala Lumpur (711), Terengganu (605), Pahang (410), Melaka (338), Negeri Sembilan (242), Perlis (99), Putrajaya (18) dan Labuan (sembilan),” katanya menerusi satu kenyataan di laman Facebook beliau hari ini.