By Nor Shazleza Shahril
PUTRAJAYA | Jumlah harian kes jangkitan baharu Covid-19 menunjukkan peningkatan sebanyak 20,396 kes hari ini berbanding 19,378 kes semalam.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata lapan negeri mencatat pertambahan kes empat angka.
Ini menjadikan pertambahan keseluruhan kes COVID-19 di negara ini kepada 1,844,835 kes.
“Selangor kekal menjadi negeri tertinggi melaporkan pertambahan kes dengan 3,886 kes dan Sarawak dengan 3,747 kes baharu.
“Selain itu, Johor dengan 2,165 kes, Sabah (2,136), Pulau Pinang (1,961), Kedah (1,587), Kelantan (1,078), Perak (1,057), Terengganu (861), Kuala Lumpur (597) dan Pahang (486).
“Ini disusuli Melaka dengan 459 kes, Negeri Sembilan (269), Perlis (78), Putrajaya (25) dan Labuan (empat),” katanya dalam kenyataan menerusi Facebook, hari ini.