MUMBAI | Orang terkaya Asia, Mukesh Ambani mampu menambah kekayaannya 3.7 bilion dolar Amerika Syarikat (RM15.3 bilion) dalam masa sehari.
Ia menjadikannya orang ke-12 terkaya di dunia berdasarkan data Bloomberg Billionaires Index.
Jumlah kekayaan bersih Ambani ketika ini mencecah 92.6 bilion dolar AS (RM383 bilion).
Nilai kekayaan taikun perniagaan India itu menghampiri pemilik L’Oreal, Francoise Bettencourt Meyers dengan kekayaan 92.9 bilion dolar AS (RM385 bilion).
Bloomberg melaporkan, lonjakan kekayaan Ambani berikutan saham syarikat miliknya, Reliance Industri Limited yang naik 4.1 peratus.
Ia berikutan Reliance menjadi syarikat menghasilkan hidrogen hijau lebih murah secara agresif.
Jumlah kekayaan yang dimiliki Ambani semakin membuatnya dekat untuk memasuki kelab elit individu dengan kekayaan melebihi 100 bilion dolar AS.
Sementara itu, unit telekomunikasi Ambani menjadi syarikat dominan di India, malah teknologi digitalnya berkembang dengan sokongan pelabur termasuk Facebook.
Dalam pada itu, Saudi Aramco ingin memperoleh saham di penyulingan minyak Reliance.
Kedua-dua syarikat gergasi itu bergabung dengan nilai mencecah 25 bilion dolar AS (RM103 bilion).