JAKARTA | Pesawat Batik Air ID-7010 dikesan mengalami masalah pada bahagian enjin menyebabkannya gagal untuk berlepas tepat pada masanya ke Jakarta dari Bandara Internasional Kualanamu, Deli Serdang, Sumatera Utara.
Lapor kompas.com, menurut bahagian Strategi Komunikasi Korporat Batik Air, Danang Mandala Prihantoro, pesawat itu sepatutnya bertolak pada pukul 9.00 pagi (waktu tempatan), hari ini.
Namun katanya, juruterbang melihat indikator yang menunjukkan adanya masalah pada komponen brek pendaftaran pesawat jenis Airbus 320-200CEO PK-LUZ.
“Juruterbang memutuskan untuk membatalkan atau menunda pergerakan ke landasan kerana pemeriksaan lebih lanjut perlu dilakukan,” katanya dalam kenyataan.
Selepas hampir dua jam pemeriksaan dilakukan, pesawat yang membawa 112 penumpang itu akhirnya berlepas.
“Pesawat itu mendarat di Bandara Halim Perdanakusuma, Jakarta pada pukul 12.32 (waktu tempatan),” kata Danang.