Pemandu ‘kebal’ walaupun kereta remuk
IDIHAYS. SB
SEORANG pemandu terselamat dan dikatakan ‘kebal’ walaupun kereta yang pandunya remuk teruk akibat dilanggar sebuah lori dalam satu kemalangan yang melibatkan 7 kenderaan.
Kejadian berlaku pukul 2.30 petang tadi ketika hujan lebat di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.
Sejumlah 7 buah kenderaan yang terlibat dalam kemalangan ngeri itu, dipercayai akibat lori yang dipandu laju hilang kawalan lalu merempuh kenderaan di hadapannya.
Sementara itu, foto ditempat kejadian yang tular menunjukkan keadaan pemandu tersepit dalam kenderaannya sebelum berjaya keluar hasil bantuan orang ramai.
Sebaik sahaja selamat keluar daripada kenderaan, pemandu itu menerima sorakan dan tepukkan ramai yang bersyukur atas kejadian menimpa tidak meragut sebarang nyawa.
HABIS
Orang ramai bersorak apabila pemandu tersebut berjaya keluar dari kenderaannya.