TAEZ | Perang saudara selama tujuh tahun dan ditambah dengan ‘serangan’ Covid-19 memburukkan keadaan hidup di Yaman.
Kanak-kanak antara yang cukup terjejas, ketika sesi persekolahan dibuka semula dalam keadaan sekolah tak terurus.
Di Bandar Taez contohnya, ada yang terpaksa duduk di lantai untuk mengikuti sesi pembelajaran.
Yaman yang dilanda konflik selama tujuh tahun mengakibatkan puluhan ribu penduduk terkorban dan memaksa jutaan lagi meninggalkan kediaman masing-masing menjadi ‘orang pelarian dalaman’ (IDP).
Biarpun berdepan dengan kekurangan, kanak-kanak di Taez berusaha untuk mengikuti pembelajaran dengan sebaik mungkin.
“Ada hari kami belajar sambil duduk atas lantai dan pernah di atas bumbung serta di jalan.
“Cukuplah alami ini selama beberapa tahun, kami mahu pergi ke sekolah yang sebenar,” kata seorang pelajar gred tujuh, Laith Kamel memberitahu AFP.