- METRA menyambut baik kelulusan dan perlaksanaan projek pembesaran lapangan terbang Sultan Ismail Petra Kota Bharu dengan menjadikannya sebagai satu lagi lapangan terbang antarabangsa dalam.negara. Projek ini diletakkan sebagai high impact yang akan mengubah lanskap kemajuan industri penerbangan dan trafik udara serantau serta ianya berada diKota Bharu bandar kesayangan kita semua.
- Tahniah diucapkan kepada YAB Dato Menteri Besar Kelantan dan Menteri YB Dato Mustafa Muhamad yang berkerja keras untuk merealisasikan projek dengan Kos hampir 500 juta ini. Ianya telah bermula, bukan cakap cakap lagi.
- Merujuk kepada rekabentuknya, lapangan terbang ini akan meningkatkan kapasiti yang boleh menampung 4 juta penumpang setahun berbanding dengan kapasiti sedia ada 1.8 juta setahun. Itupun dah dikira sesak terutama musim perayaan.
- Dengan tambahan lantai berbeza untuk pelepasan dan ketibaan serta peningkatan jumlah aerobridge yang melonjak kecekapan penyuraian penumpang serta capaian segera selepas pendaratan dan pelepasan pesawat.
- Ditambah pula dengan aliran keluar masuk trafik yang sedia sibuk disusun semula dengan kemudahan terkini serta memberi keselesaan kepada penumpang untuk masuk dan keluar dari airport ini.
- Lapangan terbang ini juga akan dijadikan sebagai tempat pelepasan untuk jemaah haji setiap tahun dan warga pantai timur tidak perlu lagi ke Kuala Lumpur untuk mengerjakan haji di masa depan
- METRA juga menggesa kementerian pengangkutan akan meluluskan lebih banyak laluan antarabangsa dari atau ke Kota Bharu terutama pasaran indochina yang sangat dekat dengan pantai timur semenanjung.
- Ini akan merancakkan industri pelancongan domestik dan antarabangsa serta menggalakan pertumbuhan sihat dalam pelbagai industri hiliran berkaitan pelancongan di Kelantan ini.
- Industri penerbangan akan berkembang pesat dengan kemudahan penyelenggaraan pesawat dan dengan itu akan membuka lebih ramai anak tempatan yang berminat untuk masuk dalam industri udara seperti pilot, kejuruteraan udara dan lain lain jurusan berkaitan.
- Universiti Malaysia Kelantan perlu bersedia untuk menjadi tempat pendidikan bagi penyediaan tenaga profesional supaya dapat penampung keperluan industri masa depan.
- Metra juga menggesa Kerajaan Negeri Kelantan perlu merangka pelan induk pelancongan negeri bagi memanfaatkan semua potensi dan budaya timur yang kaya dengan pelbagai warisan yang boleh di package kan dengan baik dan diletakkan ditempat yang sesuai supaya ianya dilihat menarik dari luar negara untuk pelancong selesa berkunjung di sini.
- Makyong menora dikir barat dan semua aktiviti budaya perlu dipersembahkan dengan baik dengan sokongan warisan makanan tempatan yang sedia tersohor. Ianya perlu disusun semula dengan packaging yang baik serta nilai tambah terkini bagi menarik pelancong.
- Apa yang pasti Kelantan perlu dizahirkan sebagai hub pelancongan budaya yang unik yang perlu dikenali oleh generasi muda negara dan pelancong asing.
- Konsep.pelancongan Islam.perlu dilihat semula dengan tambahan program yang menarik khusus nya bagi generasi muda dan golongan pesara. Ia juga boleh disesuaikan dengan masa cuti yang banyak d Malaysia supaya golongan muda dan pesara Kerajaan boleh datang ke Negeri Kelantan dalam tempoh singkat bagi menikmati pelancongan Islam.
- Pondok ponfok dan semua maahad tahfiz di kelantan perlu dipergunakan sepenuhnya bagi tujuan ini, dengan pakej yang menarik serta murah.
- Rakyat Kelantan ingin melihat projek ini akan mempercepatkan lagi infrastuktur yang lain seperti ECRL dan Central Spine Road yang akan menghubungkan lapangan terbang antarabangsa Kota Bharu dengan sambungan mode pengangkutan yang lain untuk ke destinasi berbeza. Sistem penyuraian trafik yang cekap akan menjadikan lapangan terbang ini sebagai hub penerbangan yang selesa dan kebanggaan semua.
Ir Ariffahmi Ab Rahman
Presiden METRA
Ikatan Eksekutif dan Teknokrat Malaysia