PUTRAJAYA | Sesi pembelajaran dan pengajaran (PdP) secara bersemuka bermula 3 Oktober depan akan menggunakan sistem penggiliran.
Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, sistem itu dengan kehadiran 50 peratus kapasiti daripada jumlah sebenar murid dan pelajar.
Katanya, murid dan pelajar akan dibahagikan kepada dua kumpulan mengikut minggu.
“Pendekatan itu bagi memastikan semua ekosistem murid dan pelajar yang hadir ke sekolah selamat.
“Sebagai contoh, Kumpulan A akan hadir ke sekolah pada minggu pertama manakala Kumpulan B menjalani PdP di rumah. Bagi minggu kedua sistem itu akan bertukar kepada Kumpulan B yang akan hadir ke sekolah manakala Kumpulan A belajar di rumah.
“Sistem ini akan berterusan mengikut keadaan semasa dan akan diberitahu kemudian jika ada sebarang perubahan,” katanya.