BACHOK | Tindakan seorang mekanik mengugut mahu mencederakan isteri dan dua anak dengan menyimbah asid membawa padah apabila ditahan polis hari ini.
Lelaki berusia 49 tahun itu pada jam 5 pagi di Kota Bharu untuk siasatan lanjut.
Penahanan lelaki itu susulan laporan yang dibuat isterinya yang berusia 28 tahun.
Terdahulu, tular video di aplikasi WhatsApp di mana seorang lelaki mengugut mahu menyimbah asid dipercayai kepada isterinya.
Ketua Polis Kelantan Datuk Shafien Mamat berkata, mangsa membuat laporan kerana sering kali diganggu suaminya kerana tidak berpuas hati kerana mereka dalam proses perceraian.
Katanya, mangsa menerima ugutan dari suaminya ketika dia berada di kedai runcitnya bersama anak dan ibu pada jam 11 pagi, 4 September lalu.
“Hasil siasatan mendapati, lelaki itu berkahwin dengan wanita itu pada 2015 yang kini dalam proses penceraian. Mereka dikurniakan dua cahaya mata.
“Lelaki itu cuba menyerang mangsa disebabkan tidak berpuas hati dengan isterinya yang menuntut penceraian,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bachok, di sini, hari ini.
Shafien berkata, susulan laporan dibuat mangsa, lelaki itu ditahan untuk siasatan lanjut.