KUALA LUMPUR | Kerajaan memutuskan untuk mewajibkan setiap pelancong yang akan bercuti ke Langkawi bermula hari ini perlu menjalani ujian pengesanan COVID-19 sebelum memulakan perjalanan.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, setiap pelancong perlu menjalani ujian pengesanan COVID-19 ( Rt-PCR atau RTK-AG) dimana-mana fasiliti kesihatan dan makmal swasta dalam tempoh 48 jam sebelum tarikh berlepas.
Katanya, keputusan ujian hendaklah dibawa bersama untuk pemeriksaan di pintu masuk (lapangan terbang atau terminal feri) sebelum berlepas.
‘Pelancong boleh membeli kit ujian kendiri saliva dan membawanya ke lapangan terbang atau terminal feri untuk menjalani ujian pengesanan COVID-19 di tempat saringan yang disediakan.
“Selain itu, mereka boleh membeli kit ujian kendiri saliva melalui perkhidmatan yang akan disediakan oleh pihak swasta di tempat saringan di lapangan terbang atau terminal feri dan menjalani ujian pengesanan di situ.
“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah membuat persiapan di KLIA, KLIA2 dan lapangan terbang Subang untuk pelancong ke Langkawi,” katanya menerusi kenyataan di sini.
Beliau berkata, menasihatkan kepada semua supaya sentiasa patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) semasa bercuti.