Facebook Twitter Instagram
    Sunday, 26 June 2022
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • PRN Johor
    • Politik
      • PRN Sarawak
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Pendapat
    • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Teks ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
    Siaran Media

    Teks ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

    adminBy admin10/10/2021Updated:10/10/2021No Comments5 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI
    WABARAKATUH, SALAM SEJAHTERA DAN
    SALAM KELUARGA MALAYSIA

    Keluarga Malaysia yang saya kasihi,
    Rentas Negeri

    1. Kerajaan atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum ini, telah membuat keputusan di mana semua kegiatan rentas negeri dan daerah di seluruhMalaysia tidak dibenarkan tanpa kebenaran Polis Diraja Malaysia (PDRM).
    2. Larangan rentas negeri ini dibuat oleh kerajaan demi menjaga keselamatan dan kesejahteraan Keluarga Malaysia, meskipun ia merupakan satu keputusan yang sukar kerana ada pasangan dan ibu bapa yang terpaksa berpisah dengan ahli keluarga dalam tempoh yang terlalu lama.
    3. Sepanjang larangan ini dikuatkuasa, kerajaan mendengar dan memahami keluhan Keluarga Malaysia yang terpaksa
      mengorbankan masa berharga bersama keluarga.
    4. Jika diimbau kembali, keputusan ini
      bukanlah sesuatu yang disukai rakyat. Namun, ia perlu dilaksanakan ketika itu bagi memastikan penularan wabak dapat dikekang berikutan peningkatan kes positif COVID-19 harian.
    5. Alhamdulillah, menurut KKM kadar vaksinasi lengkap populasi dewasa di bawah Pelan Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) telah mencapai 90 peratus. Bagaimanapun, data terkini akan dikemaskini di laman
      sesawang COVIDNOW pada tengah malam ini.
    6. Sehubungan itu, kerajaan bersetuju
      memberi kebenaran untuk Keluarga Malaysia yang telah menerima vaksinasi lengkap untuk melakukan pergerakan rentas negeri tanpa perlu memohon kebenaran daripada
      PDRM bermula esok, Isnin, 11 Oktober 2021.
    7. Dengan keputusan ini, Keluarga Malaysia bebas melakukan pergerakan seperti balik kampung untuk berjumpa ibu bapa yang telah lama berpisah, melancong, dan sebagainya.
    8. Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Keluarga Malaysia atas kerjasama yang diberikan selama ini dalam mematuhi
      Prosedur Operasi Standard (SOP) dan menyokong kempen imunisasi COVID-19.
    9. Namun, saya ingin mengingatkan Keluarga Malaysia agar tidak bersikap sambil lewa terhadap kelonggaran yang diberikan. Ini penting dalam usaha membantu negara
      dalam pembukaan semula ekonomi serta persediaan menjalani kehidupan fasa endemik dengan selamat atau #ReopeningSafely.
    10. Jika hal ini diambil mudah, tidak mustahil penularan wabak COVID-19 ini akan kembali meningkat. Anda kini adalah barisan hadapan yang akan melindungi keluarga dan komuniti daripada jangkitan virus COVID-19.
    11. Sebagai contoh, sekiranya ingin pulang ke kampung untuk berjumpa dengan ibu bapa atau merentas negeri, Keluarga Malaysia disaran untuk melakukan ujian COVID-19 kendiri sebelum memulakan perjalanan. Bagi mereka yang bergejala seperti demam, batuk, selsema dan sesak nafas, saya nasihatkan anda tangguhkanlah dahulu perjalanan.
    12. Sekiranya anda didapati positif, kuarantin diri atau hubungi Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) yang berhampiran untuk mendapatkan rawatan segera.
    13. Kebenaran ini bukan bermakna pihak berkuasa akan bersikap lepas tangan. Walaupun tiada lagi Sekatan Jalan
      Raya (SJR) untuk mengawal pergerakan rentas negeri, tetapi SJR untuk jenayah dan keselamatan masih diteruskan. Pemeriksaan secara rawak akan tetap dilaksanakan oleh pihak berkuasa di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988
      (Akta 342).
    14. Saya juga ingin menegaskan, kebenaran pergerakan rentas negeri ini tidak terpakai ke atas kawasan atau lokaliti yang diisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

    MyTravelPass

    1. Sementara itu, kerajaan juga turut bersetuju untuk membenarkan rakyat Malaysia melakukan perjalanan ke luar negara tanpa melalui #MyTravelPass Jabatan Imigresen Malaysia (JIM). Walau bagaimanapun, pengembara masih perlu menjalani kuarantin wajib sebaik
      pulang ke tanah air. Kebenaran ini juga akan mula berkuat kuasa pada 11 Oktober 2021.
    2. Keputusan pemansuhan ini antaranya untuk menghubungkan ahli keluarga dan pasangan yang terpisah, rakyat Malaysia yang ke luar negara bagi tujuan bekerja dan mereka yang menjalankan urusan perniagaan.
      Bagaimanapun, kebenaran ini tertakluk kepada individu yang lengkap divaksin.
    3. Di sebalik semua kelonggaran yang telah diumumkan, hakikatnya kita terpaksa hidup bersama virus COVID-19. Situasi ini bukan sahaja menuntut rakyat untuk terus mematuhi SOP, malah penting untuk meningkatkan penilaian kendiri demi melindungi Keluarga Malaysia.
    4. Untuk itu, bagi mereka yang masih belum divaksin, segeralah berbuat demikian. Ini kerana banyak kelonggaran yang telah diumumkan seperti merentas negeri, melancong dalam dan luar negara, dine-in, dan sebagainya bergantung kepada syarat lengkap vaksinasi.
    5. Vaksin mengurangkan risiko jangkitan, mencegah daripada mendapat jangkitan yang lebih teruk, mengurangkan risiko kematian akibat COVID-19 serta mengurangkan beban
      sistem kesihatan.
    6. Data terkini oleh KKM menunjukkan bahawa vaksinasi telah berjaya menurunkan kadar kemasukan pesakit COVID-19 ke ICU sebanyak 83 peratus dan kadar kematian akibat jangkitan COVID-19 sebanyak 88 peratus.
    7. Bagi memastikan proses peralihan negara ke fasa endemik berjalan lancar dan selamat, rakyat kini memikul tanggungjawab yang besar untuk mejayakan usaha ini.
      Antara langkah yang harus dilaksanakan ialah mengukuhkan tindakan kesihatan awam kendiri dengan mengamalkan TRIIS iaitu:

    a. TEST – Melakukan ujian pengesanan COVID-19 secara kendiri sekiranya alami simptom-simptom jangkitan;

    b. REPORT – Laporkan keputusan ujian pengesanan secepat mungkin di MySejahtera;

    c. ISOLATE – Lakukan kuarantin atau pengasingan kendiri dengan segera dan penuh disiplin sekiranya didapati positif supaya tidak bahayakan orang sekeliling;

    d. INFORM – Segera maklum kepada kontak rapat anda sekiranya didapati positif dan laporkan juga semua kontak rapat melalui pautan di dalam MySejahtera. Maklumkan juga kepada CAC berhampiran sekiranya
    situasi kesihatan diri semakin merosot semasa menjalani kuarantin di rumah; dan

    e. SEEK – Dapatkan rawatan segera di pusat-pusat perubatan atau CAC berhampiran sekiranya alami gejala berat.

    1. Saya juga ingin mengingatkan semua pemilik premis kedai makan, kedai-kedai runcit, pusat beli-belah, fasiliti-fasiliti sukan termasuk gymnasium, pejabat dan lain-lain, untuk memeriksa status vaksinasi dan juga status risiko COVID-19 pelanggan di dalam aplikasi MySejahtera mereka. Langkah ini penting bagi memastikan risiko berlakunya jangkitan di dalam premis adalah rendah.
    2. Akhir kata, saya sekali lagi ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Keluarga Malaysia yang berdisiplin dan patuh setiap SOP yang ditetapkan. Saya
      juga ingin mengucapkan terima kasih kepada seluruh petugas barisan hadapan yang selama ini berjuang tanpa mengenal erti penat lelah bagi membantu negara memerangi COVID-19.
    3. Besar harapan saya, agar kita semua terus berganding bahu kerana amat jelas kejayaan dalam peperangan ini tidak akan berhasil tanpa usaha semua ahli Keluarga Malaysia. Saya yakin, Keluarga Malaysia boleh lakukannya bersama-sama. Insya-Allah.

    KeluargaMalaysia

    BekerjaBersamaRakyat

    ReopeningSafely

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleRemaja 12 hingga 17 tahun, kanak-kanak dibenar nikmati kelonggaran
    Next Article KPPK yakin unjuran pendapatan koko RM6.5 bilion
    admin
    • Website

    Related Posts

    KERJA-KERJA PEROBOHAN SETINGGAN TANAH MILIK PKINK DI ATAS TAPAK LOT PT 79 SELUAS 4.49 EKAR, SEKSYEN 5, JALAN ATAS PALOH

    25/06/2022

    Kenyataan Media Tan Sri Muhyiddin Yassin 17 Jun 2022

    17/06/2022

    KENYATAAN MEDIA KETUA POLIS DAERAH KOTA BHARU.

    13/06/2022

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • Khairy seru B40 lakukan saringan kesihatan PeKa B40
    • Kadar pengangguran negara turun kepada 3.9 peratus
    • Ibu maut, anak cedera kemalangan
    • PAS wadah politik terbaik
    • Penyertaan wanita dalam pentadbiran negara perlu dipertingkatkan
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.