LUMUT | Maritim Negeri Perak menahan sebuah bot tradisional Indonesia dan seramai 21 kru ditahan di kedudukan 15.5 batu nautika barat laut Kepulauan Sembilan di sini, kelmarin.
Bot yang tiada nombor pendaftaran itu ditahan pada jam 12.21 petang menerusi Op Benteng.
Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata, mereka yang ditahan terdiri daripada 15 orang lelaki dan enam wanita yang berusia antara 25 hingga 55.
Katanya, bot Perkasa 1223 yang sedang melaksanakan rutin rondaan telah dikerahkan ke lokasi serta merta sejurus menerima aduan.
“Maklumat awal yang diterima oleh Pusat Operasi Maritim Negeri Perak, bot berkenaan mengalami kerosakan di posisi itu, namun hasil pemeriksaan di lokasi mendapati, bot terbabit adalah sebuah bot kayu yang tiada nombor pendaftaran berasal dari Indonesia.
“Susulan itu, dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) pandemik COVID-19, anggota PERKASA 1223 membuat pemeriksaan rutin ke atas bot kayu itu dan mendapati 21 warga Indonesia berada di atas bot terbabit.
“Mereka dipercayai menceroboh perairan negara kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.
Menurutnya, menerusi bantuan KM Nyalau yang ketika itu melaksanakan operasi Op Benteng, bot tradisional Indonesia itu berjaya ditunda bersama bantuan sebuah bot nelayan tempatan sehingga ke Pusat Tahanan Vesel.
Jelas beliau, kesemua tahanan bersama bot diiring ke Pusat Tahanan Vesel Kampung Bharu Setiawan Perak bagi siasatan dan tindakan lanjut.
“Jika disabit kesalahan mereka boleh didakwa dibawah Akta Imigresen