Facebook Twitter Instagram
    Sunday, 26 June 2022
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • PRN Johor
    • Politik
      • PRN Sarawak
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Pendapat
    • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Sangkar dirembat, si oyen yang jadi tumpuan
    Video Pilihan

    Sangkar dirembat, si oyen yang jadi tumpuan

    alisha natashaBy alisha natasha05/11/2021Updated:06/11/2021No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    KOTA BHARU | Dalam tempoh sekarang ini, bukan sahaja barang berharga dicuri tetapi sangkar kucing pun turut dirembat.

    Hari ini tular satu video dari kamera litar tertutup yang dipercayai berlaku di sekitar Tanjong Chat di sini semalam apabila dipercayai sepasang suami isteri mengambil sebuah sangkar kucing di sebuah rumah.

    Video berdurasi 20 saat tersebut tular sejak petang tadi dan telah mendapat tontonan 27.5 k dan mendapat pelbagai komen daripada netizen.

    Kejadian tidak disangka tersebut dirakam berlaku jam 8.54 malam semalam yang mana menunjukkan seorang wanita mengambil satu sangkar kucing di hadapan sebuah rumah.

    Sementara seorang lagi lelaki yang datang bersamanya menunggu wanita berkenaan bersama motosikal.

    Bagaimanapun, kejadian tersebut turut disaksikan seekor kucing yang mana hanya mampu melihat ‘rumahnya’ dibawa lari oleh orang yang tidak dikenali.

    Reaksi kucing berkenaan menjadi tumpuan netizen yang menonton video berkenaan.

    Netizen yang menggunakan nama Line Lambat menulis “Nasib kucing tu duduk atas kereta kalau di dalam sangkar, sekali dengan kucing depa rembat. Panndai jugak si yen ni pun..santai duk atas dashbord,” tulisnya.

    Berdasarkan perkongsian posting tersebut perbuatan tersebut didakwa dilakukan oleh sepasang suami isteri.

    Tindakan bersekongkol berkenaan mendapat kecaman netizen dan tidak kurang juga yang bersangka baik.

    Tulis Sophie Honey ” Bini pun bersekongkol, tak dop aroh laaa, kito jadi lako bini ni sepatutnya keno saling nasihat menasihati supaya tidak buat benda tidak baik,” tulisnya.

    Apa-apapun kita bersangka baiklah terlebih dahulu mungkin mereka terdesak. Kita harapkan kejadian ini memberi iktibar kepada yang lain. Zaman sekarang ni CCTV di mana-mana akak oiiiii.

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleWarga Bangladesh ditahan kerana guna PLKS palsu dan ID Hack
    Next Article PRN Melaka: Calon BN Tandatangani SD Elak Lompat Parti – Mohamad
    alisha natasha

    Related Posts

    Istiadat Pembukaan Pengga Kelima Dewan Negeri Kelantan

    29/03/2022

    Pukul cermin kereta mangsa, tiga lelaki dicari

    21/12/2021

    Bersantai sambil ditemani ikan koi berenang di lantai kafe

    15/12/2021

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • Pembukaan sekolah baharu di kawasan lebih padat penduduk
    • “Demi menambah tabungan negara, saya tiada masalah”
    • Segera konsultasi dengan parti-parti politik bincang Akta Pendanaan Politik
    • PAS kumpul lebih sejuta ahli setelah proses pemutihan
    • Malaysia rancang subsidi RM77.3 bilion perangi inflasi
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.