JOHOR BAHRU | Nak tercabut jantung semasa menyaksikan detik ngeri yang dilalui seorang lelaki ketika menunggang motosikal berseorangan malam semalam.
Kejadian yang nyaris meragut nyawa lelaki tersebut dipercayai belaku sekitar jam 8.50 malam di Jalan Kempas Utama, Johor Bahru.
Berdasarkan video yang tular itu, kejadian ngeri berkenaan berlaku apabila salah satu penghadang jalan untuk pembinaan yang diletakkan di jalan raya telah jatuh dan berada di laluan kenderaan.
Ekoran itu, salah sebuah kenderaan yang melalui jalan terbabit dengan secara tiba-tiba telah mengelak daripada melanggar objek berwarna putih tersebut.
Keadaan itu didakwa telah menyebabkan sebuah kenderaan lain yang berada di belakangnya terpaksa melanggar objek tersebut dan menyebabkan ia terpelanting ke sebelah kiri jalan.
Ekoran itu, sebuah lori yang turut menggunakan laluan yang masa telah melanggar ‘water barrier’ berkenaan menyebabkan objek berkenaan terpelanting mengenai sebuah motosial yang berada di sisi kanan lori berkenaan.
Disebabkan itu, motosikal berkenaan terbalik selepas dan berpusing beberapa kali mengakibatkan penunggang motosikal itu nyaris digilis oleh lori terbabit.
Video dikongsikan Adam Wong Jr itu yang mendapat lebih 100k tontonan itu sejak ia dikongsi di media sosial beberapa jam lalu.
Berdasarkan video itu, lelaki terbabit terus bingkas seolah-olah tidak mengalami sebarang kecederaan. Kita doakan bro ini tidak alami trauma dan juga kecederaan serius.
Meninjau ruangan komen, netizen mahukan kontaktor berkenaan disaman kerana ia boleh meragut nyawa orang ramai.
Tulis Mohd Saifull, “Tolongla saman kontraktor atas kecuaian…….membahayakan pengguna jalan raya …mungkin ada orang yang alih,tp kalau disi dengan air susah nak dialihkan,” tukisnya.
Tulis ZulHudha Nfd Nzm pula ‘Allahuakhbar.…hilang nyawa aku sekejap……kelam pandangan tetiba..Allah Maha Berkuasa….Masih diberi peluang
kedua untuk rider tu… semoga dipermudahkan urusan.Amin,” tulisnya.
Sementara itu seorang netizen yang mempunyai pengalaman dalam bidang pembinaan, Mohammad Ariff A. Karim turut memberikan pandangan
“Tong tu isi angin. Kontraktor sepatutnya ronda 24 jam pastikan semua papan tanda dan eksesori keselamatan jalanraya dalam keadaan teratur dan baik.
“Kontraktor sepatutnya menyediakan pengawal traffik berbendera member amaran keadaan jalanyang masih dalam selenggaraan dan sebagainya. Pendek kata tanggungjawab keselematan adalah kontraktor 24 jam selagi kerja-kerja terbabit belum disiapkan,” tulisnya.
Tidak kurang juga terdapat netizen yang memberikan pandangan bahawa selain takdir, sebenarnya ‘water barrier’ itu juga lah menjadi penyelamat lelaki tersebut daripada maut.
Semoga kejadian sebegini tidak berulang lagi. Sama-sama kita doakan supaya pihak berkaitan lebih peka.