Facebook Twitter Instagram
    Sunday, 26 June 2022
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • PRN Johor
    • Politik
      • PRN Sarawak
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Pendapat
    • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Pentagon tubuh pasukan khas siasat UFO
    Viral

    Pentagon tubuh pasukan khas siasat UFO

    adminBy admin27/11/2021Updated:27/11/2021No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    WASHINGTON | Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) mengumumkan penubuhan sebuah pasukan khas bagi menyiasat dakwaan penemuan objek tidak dikenal pasti (UFO) berhampiran kawasan tentera yang sensitif.

    Pengumuman itu dibuat selepas sebuah laporan penting kerajaan yang didedahkan pada Jun lalu, mendapati kekurangan maklumat yang mencukupi dalam data untuk menentukan sifat objek terbang misteri selama dua dekad lalu.

    Lapor Metro, pasukan yang dinamakan Airborne Object Identification and Management Synchronization Group akan menyiasat laporan fenomena udara tidak dikenali (UAP) berhampiran kem tentera AS.

    UAP merupakan istilah digunakan dalam tentera bagi objek tidak dikenal pasti (UFO).

    Pasukan itu akan diselia oleh Setiausaha Pertahanan untuk Perisikan, Pengarah Staf Bersama dan pegawai dari Pejabatan Pengarah Perisikan Negara.

    Sementara itu, Timbalan Setiausaha Pertahanan AS, Kathleen Hicks berkata, kehadiran UAP di kawasan tentera yang sensitif berpotensi mencetuskan risiko bahaya kepada kru pesawat udara dan kebimbangan mengenai keselamatan negara.

    “Sebarang pencerobohan objek pada Ruang Udara Kegunaan Khas (SUA) boleh menjejaskan keselamatan operasi penerbangan pesawat dan mungkin memberi cabaran kepada keselamatan negara,” jelas Pentagon. SUA merujuk kepada lingkungan ruang udara tentera terkawal, kawasan operasi ketenteraan, tempat menembak dan kawasan dihadkan untuk keselamatan negara dan kegunaan lain.

    Jelas Pentagon, pasukan khas itu akan menggantikan Pasukan Petugas Fenomena Udara Tidak Dikenali (UAPTF) dibawah Tentera Laut AS.

    “Pasukan baharu ini akan berusaha untuk mengesan, mengenal pasti dan mengaitkan objek serta menilai dan mengurangkan sebarang ancaman berkaitan,” jelas Pentagon.

    Pada Jun lalu, pegawai perisikan AS membentangkan laporan kepada Kongres yang antara lain mendedahkan penilaian pertama UAP yang tidak dirahsiakan.

    Disusun oleh UAPTF, laporan berkenaan gagal menjelaskan mengenai 144 penampakan UFO dengan menyatakan 18 daripada jumlah itu menunjukkan pergerakan atau ciri penerbangan luar biasa menggunakan teknologi canggih.

    Laporan itu menyimpulkan masih terdapat banyak penampakan UAP yang berkemungkinan tiada sebarang penjelasan khusus. – AGENSI

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleRemaja putus jari kaki digigit piranha
    Next Article Tapak perkuburan Muslim terbesar di Eropah bakal dibina
    admin
    • Website

    Related Posts

    Pukul cermin kereta mangsa, tiga lelaki dicari

    21/12/2021

    Bersantai sambil ditemani ikan koi berenang di lantai kafe

    15/12/2021

    Asal Usul Dan Sejarah Nama Royal Belum

    11/12/2021

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • Khairy seru B40 lakukan saringan kesihatan PeKa B40
    • Kadar pengangguran negara turun kepada 3.9 peratus
    • Ibu maut, anak cedera kemalangan
    • PAS wadah politik terbaik
    • Penyertaan wanita dalam pentadbiran negara perlu dipertingkatkan
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.