Facebook Twitter Instagram
    Sunday, 22 May 2022
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • PRN Johor
    • Politik
      • PRN Sarawak
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Pendapat
    • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Asal Usul Dan Sejarah Nama Royal Belum
    Viral

    Asal Usul Dan Sejarah Nama Royal Belum

    adminBy admin11/12/2021Updated:11/12/2021No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    Royal Belum terletak di Daerah Hulu Perak betul-betul bersempadan dengan negara Thailand. Laluan jalan utama yang ada hari ini adalah dengan menggunakan Lebuhraya Timur Barat yang menghubungkan negeri Perak dengan negeri Kelantan. Royal Belum terletak bersebelahan dengan Taman Negara Bang Lang, Thailand dan Hala Bala Wildlife Sanctuary, Thailand.

    Kira-kira pada 200 tahun yang lalu disekitar awal abad ke 19, Kampung Belum Lama telah dibuka oleh pasangan diraja dari Kerajaan Patani / Siam sewaktu pemerintahan Raja Reman. Beliau adalah individu yang dikenali dengan nama Wan Agas.

    Untuk makluman anda, penduduk di sekitar kawasan Kampung Belum Lama pada waktu itu menggelar Wan Agas dengan nama lain iaitu Tok Mekong Gas atau kadangkala mereka menggelarkannya sebagai Tok Pulang Hari.

    Menurut orang lama yang di Kampung Belum Baru hari ini, nama Belum ini pada asalnya dikatakan adalah datang dari ilham bunyi yang dikeluarkan oleh sejenis serangga yang ada di sekitar kawasan hutan simpan Royal Belum.

    Serangga tersebut adalah belalang kayu ataupun serangga kayu yang dipanggil sebagai Belang Belong oleh penduduk tempatan. Belalang kayu ini mempunyai warna badan yang perang dan panjang serta kaki yang panjang. Ia benar-benar kelihatan seperti kayu apabila sekilas pandang.

    Untuk makluman anda, makanan belalang kayu ini adalah pucuk pokok muda dan mereka sangat aktif pada waktu malam. Apa yang menariknya, belalang kayu ini ada mengeluarkan bunyi dan bunyinya seakan-akan seperti “Belanggg.. Belonggg..” serta ia kadang-kadang kedengaran seperti bunyi “Belummm.. Belummm..”.

    Jadi, oleh kerana bunyi belalang kayu itulah yang menyebabkan nama Belum diangkat sebagai nama kawasan tersebut. Sekadar maklumat tambahan, Taman Negeri Belum telah ditubuhkan pada tahun 2000.

    Pada tahun 2003, Belum mula dikenali dengan nama The Royal Belum dan akhirnya pada 3 Mei 2007, kawasan Royal Belum telah diwartakan sebagai Taman Negeri Royal Belum kerana ianya adalah taman semulajadi dan hendak memaksimakan faedah daripadanya untuk melindungi spesies fauna dan flora terutama yang terancam,

    Sumber orangperak.com

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleMohd. Nazlan Antara 87 Penerima Darjah Sempena Sambutan Keputeraan Sultan Selangor
    Next Article Mangkuk Tingkat Berharga RM1,000 Tarikan Aspirasi Keluarga Malaysia
    admin
    • Website

    Related Posts

    Pukul cermin kereta mangsa, tiga lelaki dicari

    21/12/2021

    Bersantai sambil ditemani ikan koi berenang di lantai kafe

    15/12/2021

    Pentagon tubuh pasukan khas siasat UFO

    27/11/2021

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • Terpaksa tolak wakili negara dalam Sukan SEA, tamatkan latihan sebagai Perajurit Muda
    • Pusat pemerhatian astronomi RM250,000 diwujudkan di HSBM
    • Bekalan senjata Barat ke Ukraine musnah – Russia
    • Bantuan RM200: Pesawah perlu berdaftar dengan Pejabat Pertanian
    • KPDNHEP siasat ladang ayam henti operasi
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.