Facebook Twitter Instagram
    Sunday, 26 June 2022
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • PRN Johor
    • Politik
      • PRN Sarawak
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Pendapat
    • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Mangkuk Tingkat Berharga RM1,000 Tarikan Aspirasi Keluarga Malaysia
    Am

    Mangkuk Tingkat Berharga RM1,000 Tarikan Aspirasi Keluarga Malaysia

    adminBy admin11/12/2021Updated:11/12/2021No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    PETALING JAYA | Jika sebelum ini mangkuk tingkat hanya dijadikan sebagai bekas makanan semata-mata dan bukan dikategorikan sebagai barangan berharga, namun, mangkuk tingkat kini dijadikan sebagai sebahagian koleksi yang penuh seni dan berwarna-warni.

    Malah, nilai dan harga mangkuk tingkat melonjak naik dengan ukiran serta corak yang sudah pastinya memukau rata-rata pengunjung dalam Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia.

    Paling menarik, mangkuk tingkat yang sebelum ini kosong tanpa seni kini mampu dijual sehingga mencecah RM1,000.

    Menurut Pengasas Tiffin Jeiwa, Nor Fadilah Mohamed Nizar berkata, semua idea dan corak seni dihasilkan sendiri tanpa penggunaan bahan beracun serta selamat untuk digunakan.

    PELBAGAI jenis dan corak mangkuk tingkat boleh dibeli pada Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia.

    “Mangkuk tingkat kami ada pelbagai corak yang amat sesuai digunakan. Walaupun berwarna warni, kami pastikan ia selamat, tahan lama dan sesuai untuk mengisi makanan atau minuman. Paling penting, kami bukan hanya menjual mangkuk tingkat semata-mata, tetapi kami jual seni ukiran. Setiap mangkuk tingkat ada nama sendiri seperti full moon, magnificent dan pelbagai lagi.

    “Corak ukiran dan seni ini adalah eksklusif dan harga bergantung kepada jenis-jenis seni yang kami ketengahkan. Untuk edisi pertama kami ada 80 corak dan untuk edisi baru kami ada 20 corak yang semuanya mampu menambat hati orang ramai,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

    Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia bermula dari 9 sehingga 12 September di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) menampilkan pelbagai aktiviti dan pameran.

    Dalam pada itu, Nor Fadilah yang sebelum ini merupakan penjawat awam berkata, idea untuk menghasilkan produk berkenaan tercetus selepas dia berhasrat untuk menubuhkan pusat komuniti.

    “Saya mula menjual produk ini pada Disember 2018 dan pada masa itu tercetus hasrat untuk tubuhkan pusat komuniti. Namun jika mahu membuka pusat komuniti, perlu ada perniagaan.

    “Jadi bermula dari situlah saya terus mula secara perlahan-lahan sehinggalah berjaya hari ini,” jelasnya.

    Selain mangkuk tingkat, Nor Fadilah turut menjual bekas makanan dan cerek minuman yang dihiasi pelbagai corak dengan harga bermula RM280 sehingga lebih RM1,000. – SUMBER: UTUSAN ONLINE

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleAsal Usul Dan Sejarah Nama Royal Belum
    Next Article PRN Sarawak: SPR keluarkan 17,885 kertas undi pos
    admin
    • Website

    Related Posts

    Pembukaan sekolah baharu di kawasan lebih padat penduduk

    26/06/2022

    “Demi menambah tabungan negara, saya tiada masalah”

    26/06/2022

    Segera konsultasi dengan parti-parti politik bincang Akta Pendanaan Politik

    26/06/2022

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • Pembukaan sekolah baharu di kawasan lebih padat penduduk
    • “Demi menambah tabungan negara, saya tiada masalah”
    • Segera konsultasi dengan parti-parti politik bincang Akta Pendanaan Politik
    • PAS kumpul lebih sejuta ahli setelah proses pemutihan
    • Malaysia rancang subsidi RM77.3 bilion perangi inflasi
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.