Facebook Twitter Instagram
    Sunday, 26 June 2022
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • PRN Johor
    • Politik
      • PRN Sarawak
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Pendapat
    • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Ali Biju kotakan janji, berkempen bantu calon GPS
    PRN Sarawak

    Ali Biju kotakan janji, berkempen bantu calon GPS

    adminBy admin13/12/2021Updated:13/12/2021No Comments3 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    SARATOK | Walaupun agak janggal untuk seorang calon yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 berkempen bagi calon lain di Dewan Undangan Negeri (DUN) yang sama namun hakikatnya, itulah yang berlaku di kerusi Krian.

    Datuk Ali Biju, penyandang kerusi itu yang sudah mengumumkan menarik diri daripada bertanding sebagai calon Bebas, mengotakan janjinya membantu calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) Friday Belik dengan mula berkempen di empat rumah panjang di sini semalam dan meminta penduduk jangan memangkah atau mengundi beliau pada 18 Dis ini.

    Ali hadir bersama Friday dan Pengerusi Bersatu Sarawak Senator Jaziri Alkaf Abdillah Suffian di Rumah Panjang Chunggat, Munggu Ubah, yang merupakan kubu kuat beliau dan terletak kira-kira 40 minit dari Pekan Saratok di sini, dan menyampaikan ‘amanat’ selama hampir 40 minit dalam bahasa Iban kepada penduduk.

    Ali, yang juga Naib Pengerusi Bersatu Sarawak, mengakhiri amanat itu dengan meminta penyokong beliau di Krian menyokong calon GPS dengan berkata : “Kita mesti memenangkan calon GPS, dia tidak boleh kalah.”

    Rata-Rata penghuni rumah panjang itu memahami tujuan Ali bahkan dilihat bersedia menerima keputusan wakil rakyat mereka menarik diri daripada pertandingan empat penjuru di DUN Krian.

    Ali turut ditanya tidakkah beliau berasa janggal berkempen untuk calon lain di kubu kuatnya.

    “Perasaan janggal itu ada, tapi kita perlu melihat kerangka besar untuk Krian, Saratok dan Malaysia. Memang rasa janggal mula-mula dan penyokong pun susah terima, daripada yakin dengan kemenangan dan tiba-tiba mengundur diri (daripada bertanding), memang rasa janggal.

    “Namun kita perlu atasi kejanggalan ini, saya tidak ada perasaan apa-apa pun kecuali untuk memenangkan calon GPS. Itu sasaran kita, kalau kita menang kita semua gembira dan lupakan episod kejanggalan ini,” katanya yang kelihatan tenang dan bersungguh-sungguh semasa berkempen.

    Isnin lepas, beliau membuat kejutan apabila tampil bertanding sebagai calon Bebas di Krian, bertentangan dengan pendirian Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin yang memutuskan bahawa parti tersebut tidak bertanding pada PRN kali ini sebaliknya memberi sokongan kepada GPS.

    Bagaimanapun, Ali akhirnya mengumumkan menarik diri atas alasan keputusan itu adalah bagi memelihara muafakat dan memperkukuh hubungan antara Perikatan Nasional dan GPS sekali gus menyaksikan beberapa pemimpin gabungan politik tersebut meminta beliau menerangkan keadaan sebenar kepada pengundi.

    Walaupun nama Ali secara rasminya masih tersenarai di kertas undi, pertandingan sebenar bagi merebut kerusi DUN Krian kini membabitkan Friday, Musa Dinggat daripada Parti Sarawak Bersatu (PSB) dan Danny Kuan daripada Parti Bumi Kenyalang (PBK).

    Friday pula amat menghargai tindakan Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli itu yang membantunya berkempen terutama di kawasan kubu kuat Ali sendiri justeru memberi indikasi kepada keikhlasan beliau untuk membantu calon GPS tersebut menang dalam PRN ini.

    “Hari ini kami sama-sama memberi penjelasan apa yang berlaku dua tiga hari lepas untuk kita mendapatkan keyakinan daripada penyokong beliau dan penyokong saya supaya dapat kita membuahkan hasil untuk sokong GPS pada pilihan raya kali ini,” katanya.

    Jaziri Alkaf pula berkata tindakan Ali menunjukkan kematangan politik yang menyaksikan GPS dan Bersatu bergabung tenaga bagi memastikan kemenangan gabungan politik diterajui Tan Sri Abang Johari Tun Openg itu.

    — SUMBER: BERNAMA

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleKonsep ‘Sekolahku Sejahtera’ bendung buli di peringkat akhir
    Next Article Kenapa DAP berniat mahu batalkan projek ART?
    admin
    • Website

    Related Posts

    Kembalikan hak Sarawak yang terhakis

    15/12/2021

    PRN Sarawak: 89 peratus pengundi awal tunai tanggungjawab

    14/12/2021

    PAS tekad lahir Adun tunggal di Dun Sarawak

    14/12/2021

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • Khairy seru B40 lakukan saringan kesihatan PeKa B40
    • Kadar pengangguran negara turun kepada 3.9 peratus
    • Ibu maut, anak cedera kemalangan
    • PAS wadah politik terbaik
    • Penyertaan wanita dalam pentadbiran negara perlu dipertingkatkan
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.