Facebook Twitter Instagram
    Sunday, 26 June 2022
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • PRN Johor
    • Politik
      • PRN Sarawak
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Pendapat
    • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Hamzah ikrar khidmat terbaik kepada warga tentera DUN Stakan
    PRN Sarawak

    Hamzah ikrar khidmat terbaik kepada warga tentera DUN Stakan

    adminBy admin13/12/2021Updated:13/12/2021No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    KOTA SAMARAHAN | Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Stakan, Datuk Hamzah Brahim berikrar memberi tumpuan kepada warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Kem Muara Tuang dan Kem Penrissen, sekiranya diberi mandat pada Pilihan Raya Negeri (PRN).

    Member jaminan tumpuan itu tidak terhad kepada aspek kebajikan, malah infrastruktur dan keselesaan mengikut kapasiti dan kemampuannya, beliau berkata, perhatian khusus untuk anggota tentera adalah tanda sanjungan dan penghormatan kerana melalui peranan mereka, rakyat mampu terus hidup dengan aman dalam negara berdaulat.

    “Dengan rendah diri, saya merayu kepada seluruh warga tentera di Kem Penrissen dan Kem Muara Tuang untuk turun mengundi awal esok. Insya-Allah, jika diberi peluang dan ruang, saya akan buat yang terbaik demi keselesaan dan kesejahteraan wira negara kita yang telah banyak menabur jasa dan bakti demi negara.

    “Mereka sanggup mempertahankan tanah air dengan air mata dan keringat demi keselamatan dan kedaulatan negara yang dijulang,” katanya kepada BH, hari ini.

    DUN Stakan menempatkan Kem Muara Tuang dan Kem Penrissen, kem tentera terbesar di negeri ini. Ia mempunyai 4,850 pengundi awal yang akan menunaikan tanggungjawab mereka esok.

    Pada PRN-12, DUN Stakan yang mempunyai 16,992 pemilih berdaftar menyaksikan persaingan empat penjuru di antara Hamzah; calon DAP, Leslie Ting; calon Parti Sarawak Bersatu (PSB), George Young dan calon Parti Bumi Kenyalang (PBK), Atet Dego.

    Pada PRN 2016, DUN Stakan dimenangi calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohammad Ali Mahmud dengan majoriti 7,042 undi.

    Hamzah berkata, beliau juga mahu keharmonian dan jalinan hubungan antara anggota tentera dan warga Stakan terus berkekalan tanpa mengira perbezaan agama, bangsa dan kaum.

    “Ini kerana, Stakan untuk semua, semua untuk Stakan. Sama-sama kita berganding bahu memajukan lagi Stakan yang kita sayangi,” katanya.

    featured
    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous Article5,522 polis kawal proses pengundian awal esok
    Next Article Polis Pulau Pinang kutip hampir RM5 juta bayaran saman
    admin
    • Website

    Related Posts

    PAS wadah politik terbaik

    26/06/2022

    Penyertaan wanita dalam pentadbiran negara perlu dipertingkatkan

    26/06/2022

    12 mangsa bot hampir karam ditemui selamat

    26/06/2022

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • Ibu maut, anak cedera kemalangan
    • PAS wadah politik terbaik
    • Penyertaan wanita dalam pentadbiran negara perlu dipertingkatkan
    • 12 mangsa bot hampir karam ditemui selamat
    • Pembukaan sekolah baharu di kawasan lebih padat penduduk
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.