Facebook Twitter Instagram
    Sunday, 26 June 2022
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • PRN Johor
    • Politik
      • PRN Sarawak
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Pendapat
    • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Mahu perubahan di DUN Opar
    PRN Sarawak

    Mahu perubahan di DUN Opar

    adminBy admin13/12/2021Updated:13/12/2021No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Peniaga kedai runcit di Pusat Penjaja Sempadan Biawak, Defiyanti Saiful Bahari, 46 (kiri), Margaret Edward, 58 (kanan)

    LUNDU | Lebih banyak perubahan dan kemajuan dimahukan oleh penduduk di kawasan DUN Opar kepada bakal Adun yang terpilih di kawasan ini nanti dalam Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN-12).

    Peniaga kedai runcit di Pusat Penjaja Sempadan Biawak, Defiyanti Saiful Bahari, 46, berkata dia mahu lebih banyak perubahan, penambahbaikan infrastruktur dan kemudahan dinaik taraf.

    “Kalau boleh YB sendiri yang turun padang melihat, bukan setakat tulisan sahaja dia lihat, ini sudah itu sudah.

    “Jadi harapan saya untuk bakal YB akan datang kalau boleh, tiada perbezaan antara kampung, kerana kita boleh lihat sendiri, ada jalan yang sudah berturap semua dari Lundu ke sini, tetapi kampung saya ada lagi yang belum berturap,” katanya yang ditemu-bual.

    Sementara, Margaret Edward, 58, yang sudah setahun lebih berniaga sayur-sayuran di Pusat Penjaja Sempadan Biawak berharap kerajaan baharu nanti akan lebih baik daripada sekarang, dalam meningkatkan dari segi ekonomi masyarakat.

    “Semuanya okay, aman tetapi kehidupan belum maju sangat. Kalau boleh, kerajaan baharu nanti saya mahu lebih maju dari sekarang dan lebih baik daripada kerajaan sebelum ini. Boleh majukan lagi.

    “Untuk ekonomi kami peniaga, di sini sunyi sebab tidak begitu ramai pengunjung sebab jauh di pedalaman dan jauh dari bandar,” katanya yang sebelum ini hanya berniaga dari rumah ke rumah sahaja.

    Dalam pada itu, dia berharap pintu sempadan dibuka sekiranya keadaan Covid-19 ini nanti sudah reda bagi membantu keadaan ekonomi peniaga di sini.

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleUndi GPS untuk Sarawak yang lebih baik – Bekas Adun Dudong
    Next Article Kambing mati diserang harimau, penternak rugi RM14,000
    admin
    • Website

    Related Posts

    Kembalikan hak Sarawak yang terhakis

    15/12/2021

    PRN Sarawak: 89 peratus pengundi awal tunai tanggungjawab

    14/12/2021

    PAS tekad lahir Adun tunggal di Dun Sarawak

    14/12/2021

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • Ibu maut, anak cedera kemalangan
    • PAS wadah politik terbaik
    • Penyertaan wanita dalam pentadbiran negara perlu dipertingkatkan
    • 12 mangsa bot hampir karam ditemui selamat
    • Pembukaan sekolah baharu di kawasan lebih padat penduduk
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.