Facebook Twitter Instagram
    Sunday, 26 June 2022
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • PRN Johor
    • Politik
      • PRN Sarawak
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Pendapat
    • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Undi GPS untuk Sarawak yang lebih baik – Bekas Adun Dudong
    PRN Sarawak

    Undi GPS untuk Sarawak yang lebih baik – Bekas Adun Dudong

    adminBy admin13/12/2021Updated:13/12/2021No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    KUCHING | Bekas Adun Dudong Datuk Tiong Thai King yakin dengan rakyat mengundi Gabungan Parti Sarawak (GPS), ia dapat memastikan kadar pembangunan serta kemajuan negeri ini dicapai dengan lebih pantas.

    Menurutnya, kerajaan GPS yang dipimpin oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg telah menetapkan model teladan keharmonian kaum, keterangkuman dan kesaksamaan dalam pentadbiran.

    “Sejak Abang Johari memegang jawatan Ketua Menteri, kita telah menyaksikan kebijaksanaan politik beliau dalam dasar sederhana, adil dan inklusif.

    “Ideologi politik beliau yang mengutamakan rakyat dan pembangunan dari akar umbi telah diterima baik oleh rakyat Sarawak pelbagai kaum.

    “Saya yakin bahawa mengundi untuk GPS, kerajaan yang sederhana, inklusif, pelbagai, bersatu, harmoni dan bekerjasama amat penting untuk Sarawak dalam memastikan kadar pembangunan dan kemajuan diperoleh dengan pantas,” katanya.

    Tiong yang dahulunya merupakan ahli Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) kemudian menyertai parti pembangkang, Parti Sarawak Bersatu (PSB) meluahkan kenyataan itu dalam coretannya ‘seekor burung kecil, terbang ke sarang – rayuan daripada bekas Adun Dudong’.

    Beliau yang sudah meninggalkan dunia politik turut menyatakan kekagumannya terhadap Abang Johari kerana atas usaha Pengerusi GPS itu berunding dan meneruskan tindakan undang-undang dalam menuntut royalti minyak dan gas daripada Petronas.

    “Usaha untuk mendapatkan autonomi Sarawak telah dimulakan oleh mantan Ketua Menteri Allahyarham Tan Sri Pehin Adenan Satem dan diteruskan Abang Johari.

    “Secara perlahan-lahan kita melihat hak, penghormatan dan status Sarawak dikembalikan. Malah sejak tiga tahun lalu, kita berjaya memperoleh RM7 bilion royalti minyak dan gas. Ini menunjukkan sepenuhnya keberanian politik, ketajaman dan pandangan jauh Abang Johari.

    “Beliau juga telah menyusun rancangan besar, memetakan serta memodenkan pelan tindakan ekonomi untuk mendigitalkan dan memperindustrikan melalui teknologi demi manfaat rakyat,” ujarnya.

    Tambahnya, Abang Johari juga telah menyediakan peruntukan tahunan sebanyak RM10 juta untuk sekolah menengah Cina persendirian serta bantuan lain untuk pertubuhan Cina dan badan agama.

    “Ini semua membuktikan bahawa beliau seorang pemimpin yang baik, berjiwa besar dan akan melayan rakyat Sarawak daripada pelbagai kaum serta lapisan secara adil dan saksama.

    “Oleh itu, undi untuk GPS, esok yang lebih baik untuk Sarawak!,” katanya lagi.

    Tiong terlibat dalam dunia politik lebih 30 tahun dan pernah berkhidmat sebagai senator, ahli parlimen, Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu dan Adun Dudong selama sepenggal bermula 2016 hingga 2021.

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleKenapa DAP berniat mahu batalkan projek ART?
    Next Article Mahu perubahan di DUN Opar
    admin
    • Website

    Related Posts

    Kembalikan hak Sarawak yang terhakis

    15/12/2021

    PRN Sarawak: 89 peratus pengundi awal tunai tanggungjawab

    14/12/2021

    PAS tekad lahir Adun tunggal di Dun Sarawak

    14/12/2021

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • Ibu maut, anak cedera kemalangan
    • PAS wadah politik terbaik
    • Penyertaan wanita dalam pentadbiran negara perlu dipertingkatkan
    • 12 mangsa bot hampir karam ditemui selamat
    • Pembukaan sekolah baharu di kawasan lebih padat penduduk
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.