Facebook Twitter Instagram
    Sunday, 26 June 2022
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • PRN Johor
    • Politik
      • PRN Sarawak
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Pendapat
    • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » PAS tekad lahir Adun tunggal di Dun Sarawak
    PRN Sarawak

    PAS tekad lahir Adun tunggal di Dun Sarawak

    adminBy admin14/12/2021Updated:14/12/2021No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    BATANG LUPAR | Penglibatan PAS sejak pilihan raya tahun 2001 menjadi asas parti itu bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak kali ini.

    Lapor HarakahDaily, Naib Presiden PAS, Senator Idris Ahmad berkata, keberadaan PAS di Sarawak bukan baharu, malah sudah bertapak sejak pilihan raya 2001 dan sehingga sekarang menyertai empat kali pilihan raya.

    Katanya setiap kali PAS menyertai PRN Sarawak parti itu tidak pernah hilang wang deposit berbanding sesetengah parti lain.

    “Ertinya kita telah ada undi asas di Dun Beting Maro. Jadi kami amat yakin kemampuan dan kewibawaan calon Dun Beting Maro untuk diangkat sebagai wakil rakyat tunggal di negeri ini.

    “Insya-Allah, kita berazam untuk melahirkan wakil tunggal PAS di Dun Sarawak bagi membawa suara rakyat,” katanya ketika ditemui pada kempen di Pasar Majlis Daerah Betong Pusa di sini, hari ini.

    Hadir sama calon PAS Dun berkenaan Mohamad Arifiziarul Paijo yang juga Setiausaha Badan Perhubungan PAS Sarawak.

    Menurutnya, calon PAS merupakan seorang anak muda yang berkelulusan tinggi sanggup menginfaqkan diri kepada masyarakat.

    “Arif Paijo letak jawatan di syarikat minyak semata-mata untuk berkhidmat kepada rakyat. Saya yakin dan percaya, ia akan memberi satu tarikan baharu, dengan tageline Nafas Baru Untuk Beting Maro’.

    “Penduduk Beting Maro peramah, murah dengan senyuman, mempunyai budi bahasa yang tinggi,” ujarnya.

    Idris yang juga Menteri Hal Ehwal Agama berkata, sambutan yang diberi masyarakat terhadap calon PAS sangat baik.

    Ditanya kerjasama dengan kerajaan Sarawak berkaitan hal ehwal agama, kata beliau PAS kekal sebagai pembangkang yang menyokong segala usaha yang baik.

    Sementara itu difahamkan seramai 14 pegawai dan anggota polis di Balai Polis Beladin terbabit dengan pengundian awal PRN Sarawak hari ini.

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleMuafakat PAS-Umno di Perlis berjalan baik
    Next Article Dewan Rakyat lulus pindaan Perlembagaan Persekutuan berkaitan MA63
    admin
    • Website

    Related Posts

    Kembalikan hak Sarawak yang terhakis

    15/12/2021

    PRN Sarawak: 89 peratus pengundi awal tunai tanggungjawab

    14/12/2021

    Pilih pemimpin dengan bijak, pastikan kesinambungan keharmonian pelbagai agama di Sarawak

    14/12/2021

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • Khairy seru B40 lakukan saringan kesihatan PeKa B40
    • Kadar pengangguran negara turun kepada 3.9 peratus
    • Ibu maut, anak cedera kemalangan
    • PAS wadah politik terbaik
    • Penyertaan wanita dalam pentadbiran negara perlu dipertingkatkan
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.